Photobucket
adv_username = "ainisakinah"; adv_gid = "ainisakinah_default"; adtype = "728x90";

September 20, 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 Putrajaya


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk sekian kalinya akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011.

Tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" dan majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB PM pada 22 September.


Seramai 500 orang usahawan luar bandar dijangka akan menyertai karnival ini dalam empat kategori utama iaitu makanan/ minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung sepanjang karnival ini ialah:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar.
b. Padanan perniagaan.
c. Pameran jabatan/ agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP).
d. Pameran Kementerian/ Jabatan/ Agensi jemputan termasuk institusi kewangan.
e. Demosntrasi produk dan permainan tradisional.
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri.
g. Persembahan kebudayaan.
h. Persembahan artis-artis jemputan.
i. Forum Perdana.
j. Pameran teknologi dan inovasi.
k. Auto show.




Alhamdulillah, syarikat kami Aini Sakinah Enterprise terpilih  untuk menyertai karnival pada tahun ini. Untuk pengunjung yang hadir ke karnival ini, jangan lupa untuk singgah sebentar ke gerai kami di tapak C370 , zon C. Mari sama-sama kita memeriahkan lagi karnival hebat ini!







September 13, 2011

About Money

The true facts about money that we not realized.....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click Here